Saya ingat semua orang Islam maklum bahawa sekiranya ada seorang Islam lain dalam musibah atau kesukaran maka adalah wajib dia ditolong dengan apa cara yang mampu. Adik saya, ibu tujuh orang anak, kini berdepan dengan kemungkinan terurai ikatan perkahwinan yang telah menjangkau tempoh 30 tahun. Oleh kerana dia seorang blogger yang bangga dengan hidup bersuami dan anak2 maka blognya sering memaparkan kehidupan berkeluarga. Hal anak2nya, adik beradik, sahabat2 blog. Kucing2 kesayangan mereka pun tidak terkecuali.
Oleh itu adakah ini mencerminkan seorang ibu yang akan melangkah ke alam janda, berahinya menjaja cerita rumahtangga dan kepincangan atau ianya sekadar berkongsi perjalanan hidup dan pengalaman suka duka dan pahit maung? Jesteru itu apakah niat sebenarnya tabloid Kosmo menceduk gambaran hati insan berumur lebih setengah abad, yang kini berani mengharungi masa depan yang tidak menentu kerana tidak mahu lagi bermasaalah dengan soal orang ketiga? Wajarkah kerana keuntungan tidak seberapa, lain yang ditulis MM, lain pula diputarbelitkan? Saya serahkan kepada keluarga ini untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Kini saya menulis dalam Bahasa Melayu bukan sebagai membela. Saya tidak menggunakan Bahasa Inggeris supaya senang difahami. Saudara Penulis dan Editor Kosmo, mulai hari ini carilah modal lain untuk nak melariskan terbitan Kosmo. Orang susah hati kamu tokok tambah dengan tulisan yang palsu. Adakah kamu tidak takut bala Allah cerita ikut suka sahaja? Hanya kalangan orang-orang yang suka sensasi sahaja membaca terbitan ini! Ianya tidak langsung membantu menaikkan moral mereka yang terpesong, menggangu rumahtangga aman, jauh sekali menjadi bahan tauladan atau sempadan.
Berhemahlah dalam mencari rezeki. Banyak2 beringat dan berfikir jauh. Ini melibatkan sekurang-kurang sepuluh jiwa. Adakah kamu fikir mereka tidak diaibkan? Tambahan pula kamu menuduh atau mendakwa yang bukan-bukan. Tak takutkah dosa dan balasan mefitnah orang? Walaupun BUKAN TULISAN ILMIAH¨, selidik dan fahamkan betul2 aturbahasa blog MM? Pada saya taklah memerlukan Kamus!
Saya tidak mahir sangat Bahasa Melayu kerana saya seangkatan belajar dalam Bahasa Inggeris. Tetapi saya faham tatasusila, etika dan paling penting saranan Agama Islam. Kalau pun nak tarik cerita biar bertepatan. Jangan cari makan dengan kepalsuan. Jangan bagi keluarga makan hasil yang tidak halal. Kalau penguasaan Bahasa Inggeris lemah, pergilah belajar lagi supaya tidak berdosa kerana jika tidak diampunkan memfitnah, tunggulah dipintu Neraka.
Tak takut itu mungkin kamu lupa hari ini kamu mengaibkan orang satu hari nanti kamu akan diaibkan lebih buruk dari apa yang kamu lakukan pada 25 Julai, 2010 bersamaan 13 Syaaban 1431. Bukan berpuasa dan munajat tetapi berseronok dengan dapat bayaran menghebohkan yang tidak tepat. Akhbar The Star hari ini pula tumpang mencetak fitnah yang kamu sebarkan. Bagus begitu?
Kalau benar-benar nak jadikan kisah ini tauladan kaji dan selidik angkara siapa ini terjadi. Bagaimana seorang wanita tidak malu menggoda suami orang? Apakah tekanan hidup begitu ketara hingga terpaksa pilih bapa tujuh orang? Anak siapa wanita ini? Datang dari mana? Ini Malaysia, tidak ada yang misteri! Kenapa tumpuan hanya kepada blogger berdua ini sahaja?Kenapa tidak korek cerita lintah yang hisap darah orang pula? Boleh kongsi ruang dengan yang boleh jadi pelaris! Paparkan pihak yang menyebabkan krisis ini baru adil!
Perihal Cerai. Semua orang Islam Selangor tahu ini diurus di Mahkamah. Mungkin di Pahang ada kelainan. Tetapi tidak masuk akal bekas ADUN dan isteri, BUKAN selebriti melafazkan talak di dunia blogosphere! Benak sangatkah hingga sanggup melibatkan Sahibul Samahah Dato Mufti dan pihak lain- lain semata-mata untuk mengukuhkan hujjah?
Insaflah! Esok Nisfu Syaaban. Tak lama lagi Ramadhan. Hidup seorang Mukmin hanya untuk mencari keredaan Allah Taala. Cari bahan berita yang membawa kepada keluhuran budi, ketaqwaan dan keinsafan bahawa bermula Bulan Rejab membawa ke bulan Syawal kita diberi peluang beramal dan menghimpun sebanyak - banyak saham dan bekalan akhirat. Saya masih mengharapkan kedamaian. Tetapi ini hanya boleh diubah oleh pihak mereka berdua.
Jalan terbaik jangan jadi pemberita tabloid ini yang tidak peka kepada namabaik, maruah dan kekusutan rumahtangga berkrisis dan turut memberi ruang kepada mereka yang rendah akhlak dan tidak tahu erti malu. Wang boleh dicari tetapi kalau dengan cara bercerita mengikut selera budaya tahap pariah, tidak professional, hentikan. Malu kepada ibubapa yang memberi didikan Agama agar menjadi insan yang qullul haq, berkata benar. Membohong itu tidak mencium bau Syurga.
Kini ramai orang mengaku diri Islam menggunakan catatan bloggers sebagai kebenaran hingga membawa kepada tuduhan dan dakwaan yang tidak disiasat dan diteliti kesahihan benar atau tidaknya. Elok ingatkan diri seorang Islam. Apabila mati nanti jasad kaku tetapi di hadapan Allah semua anggota akan berkata-kata. Adakah tak tahu atau saja - saja buat bodoh!
No comments:
Post a Comment